cara mencegah jerawat
Seperti post sebelum ini, kita teah mengetahui penyebab jerawat berdasarkan tempat jerawat keluar di muka, post ini akan menceritakan bagaimana mencegahnya.
1. Jerawat di dagu, rahang atau leher
Cara mencegah:
Dr. Zeichner menyatakan, jika ibu memiliki masalah jerawat yang teruk setiap kali haid, maka anda mungkin perlu berjumpa doktor.
Ia supaya anda boleh diberikan ubat terapi hormon. Ia membantu menyeimbangkan kadar hormon sehingga tidak berjerawat ketika period.
Selain itu, gunakan pembersih make-up dan pembersih wajah yang sesuai dengan jenis kulit anda.
Bersihkan juga area dagu, rahang dan leher dengan lebih baik agar kadar minyak tidak berkumpul secara berlebihan.
2. Jerawat di garis rambut
Cara mencegah:
Hindari penggunaan produk rawatan rambut berlebihan. Dan jangan sampai terkena kulit muka. Pastikan anda mencuci tangan untuk membersihkan sisa-sisa produk yang masih melekat.
Ketika mencuci muka, pastikan anda menggosoknya hingga ke pori. Tapi lakukan dengan perlahan dan lembut agar tidak menyebabkan iritasi.
Jika jerawat di garis rambut menjadi semakin teruk, gunakan toner di area tersebut untuk rawatan ekstra.
3. Jerawat di mulut
Cara mencegah:
Gunakan tisu basah untuk muka setelah makan. Gunakannya untuk membuang semua sisa makanan yang melekat.
4. Jerawat di pipi
Cara mencegah:
Bersihkan telefon dengan tisu basah anti-bakteria setiap hari. Dan gunakan rangkaian hands-free jika boleh. Dan, hindari memegang wajah dengan tangan yang kotor.
5. Jerawat di hidung dan kening
Cara mencegah:
Bila anda mengalami stress, pastikan anda selalu memakai produk pembersih muka yang mengandung anti-jerawat. Gunakan di seluruh bahagian wajah untuk membuang semua minyak yang ada.
6. Jerawat di dada dan punggung
Cara mencegah:
Selalulah menggunakan pakaian dengan bahan yang menyerap peluh ketika bersukan atau membuat aktiviti yang membuatkan anda berpeluh.
Bila timbul jerawat, anda boleh menggunakan produk rawatan yang sesuai dengan jenis kulit anda. Jika kulit terlalu sensitif, berjumpalah dengan doktor kulit.
cara-cara di atas mengambil masa yang lama untuk nampak kesannya, ingin tahu cara yang cepat seawal 7 hari untuk melihat jerawat hilang?
KLIK DI SINI >> KLIK <<
Ye, ramai yang sudah mencubanya, anda bila lagi? teruskan klik di bawah
Semoga bermanfaat ya!
kredit : https://my.theasianparent.com/maksud-jerawat-di-muka/
Comments
Post a Comment